10 Perkara Ketika Ramadhan:Katakan Tidak

July 19, 2011

“Sia-sialah dan rugilah sesiapa yang melalui Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosa ke atasnya” (HR Bukhori)

1)Solat Maghrib di rumah

2)Memenuhkan perut (dengan makanan secara berlebih-lebihan) ketika berbuka

3)Meninggalkan solat Tarawih di masjid

4)Tidak berdoa ketika berbuka

5)Tidak melakukan muhasabah setiap hari

6)Melakukan perkara-perkara melalaikan (lagho) dan berlebihan dalam bergurau sepanjang berpuasa

7)Tidur selepas berbuka dan sebelum Isyak

8)Lemah dan pasif pada siang hari Ramadhan

9)Berlebihan ketika membelikan makanan dan minuman (untuk berbuka)

10)Menonton program-program televisyen yang tidak baik dan meruntuhkan nilai akhlak.

Rujukan: الى عشاق رمضان, محمد سعيد مرسى, مؤسسة اقرأ

 

 


Panduan Mencari Rumah Sewa di Mesir

October 23, 2010
Memandangkan ada sebahagian daripada rakan-rakan di Mesir ini masih lagi tengah mencari rumah untuk disewa,maka saya tulis artikel mengenainya secara ringkas.Dengan harapan ia dapat memberi gambaran yang jelas tentang prosedurnya serta mengelakkan masalah-masalah yang tak sepatutnya berlaku.
Saya menulis berdasarkan pengalaman peribadi yang singkat dalam mendapatkan rumah sewa untuk sahabat-sahabat sebelum ini.Panduan ini sebenarnya adalah untuk mereka yang ingin tinggal di kawasan sekitar Sayeda Zeinab,Abu Risy,Munirah dan Zinhum.Namun,isi-isi yang disebutkan secara umum boleh diaplikasikan oleh semua penuntut ilmu di Perlembahan Nil ini. Teruskan pembacaan

Tips Pelajar Cemerlang

March 7, 2010

  1. Kali ini cuma nak berkongsi ilmu dengan pembaca mengenai rakaman audio ceramah motivasi yang disampaikan oleh pakar motivasi tanah air terkenal,Dr. Fadzilah Kamsah mengenai tips-tips untuk menjadi pelajar cemerlang.
  2. Mungkin tajuk ini sudah lali dan  biasa kita dengar akan tajuk ini sejak di bangku sekolah lagi namun perkara yang akan disebutkan inilah sebenarnya antara faktor,tips dan petua untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang.Kecemerlangan yang saya cuba tekankan di sini adalah banyak berkaitan dengan kecemerlangan dalam bidang akademik dan ilmu pengetahuan.Sebelum itu,haruslah diingat kecemerlangan seseorang pelajar bukan hanya sekadar dinilai pada tahap prestasi pencapaian dalam peperiksaan sahaja,malah banyak aspek lain lagi yang akan menentukan sama ada seseorang itu pelajar cemerlang atau tidak,seperti menghormati ibu bapa dan guru,berakhlak mulia dengan rakan-rakan dan masyarakat,menggunakan ilmu yang diperolehi untuk kebaikan masyarakat dan banyak lagi faktor lain yang tidak mampu untuk disenaraikan di sini. Teruskan pembacaan

Manfaatkan Cuti Ini!

February 4, 2010

  1. Alhamdulillah,akhirnya semalam peperiksaan pertengahan semester bagi pelajar tahun 2 Kuliah Perubatan Universiti Kaherah telah pun tamat.Bebanan dan tekanan yang dirasakan semasa musim peperiksaan itu telah pun hilang.Mudah-mudahan Allah akan memberikan balasan yang setimpal dengan usaha yang kita lakukan.Kejayaan hakiki hanya akan datang bagi mereka yang ikhlas dan bertawakal kepada Allah s.w.t.
  2. Penulisan kali ini ditujukan khas buat sahabat-sahabat khususnya di Mesir.Untuk pengetahuan,setiap kali selepas peperiksaan pertengahan semester,semua pusat-pusat pendidikan di Mesir;sekolah,kolej dan universiti akan bercuti selama lebih kurang 2 minggu.Cuti musim ini dipanggil sebagai cuti musim sejuk atau cuti winter atau ajaazatus soif memandangkan musim sekarang ialah musim sejuk. Teruskan pembacaan

How To Be A Good MC?

January 25, 2010

*Artikel ini amat bagus bagi mereka yang ingin menjadi MC yang mantap umpamanya dalam mana-mana seminar,majlis, dan sebagainya.

Perjalanan dan keberkesanan majlis sebahagian besarnya berada di bawah pengendalian MC

Berdiri di hadapan khalayak sememangnya menjadi sebahagian daripada perkara yang sering menjadi ketakutan bagi yang belum pernah mengalaminya. Lebih-lebih lagi apabila berdiri untuk menyampaikan syarahan, ceramah, pidato ataupun mungkin sebagai seorang MC (pengerusi majlis). Jika diberitahu lebih awal sudah tentu kita akan dapat membuat persiapan yang rapi. Tetapi andai dilantik sebagai bidan terjun sudah pasti memberikan tekanan yang tinggi pada diri.

Peranan Pengerusi Majlis

Sebenarnya besar peranan pengerusi majlis dalam sesuatu upacara atau majlis. MC berfungsi sebagai ketua dalam memastikan perjalanan program berlangsung dengan lancar dan tersusun. Dan apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan ketika mengendalikan majlis maka MC akan berperanan sebagai ‘back up’ untuk melindungi kekurangan majlis tersebut. Bahkan MC juga yang akan menentukan sesuatu majlis tersebut mendatar, menarik atau memboringkan. Teruskan pembacaan


Mana Lebih Baik,Belajar Di Larut Malam Atau Di Awal Pagi?:Satu Penilaian

January 17, 2010

Belajar itu tidak aib.Ia menjadi aib jika bukan kerana Allah

  1. Memandangkan peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi,rata-rata pelajar di Mesir termasuklah pelajar perubatan di sini mula mengatur masa mereka untuk mengulangkaji dan menelaah semula pelajaran yang telah dipelajari sebelum ini secara serius.Ada di antara mereka yang mengulangkaji pelajaran sehingga larut malam iaitu dalam lingkungan pukul 1-3 pagi dan ada juga yang tidur awal terlebih dahulu kemudian bangun di awal pagi dalam lingkungan pukul 3.30-4 pagi.Mana satu antara cara belajar tersebut yang lebih baik?
  2. Sebelum mengulas lebih panjang,saya tidak nafikan setiap pelajar mempunyai gaya belajar yang tersendiri.Ada yang suka membuat nota,suka membuat latihan soalan-soalan tahun lepas dan ada juga yang sekadar membaca buku-buku teks dan buku rujukan mereka sudah dapat memahami dengan baik pelajaran yang dibaca.Hal ini kerana kita harus sedar bahawa setiap orang dikurniakan oleh Allah dengan berbeza-beza tahap IQ dan ingatan terhadap pelajaran yang dipelajari dan dihafaz.Lihat sahajalah bagaimana dalam kalangan ulama hadis sesama mereka sendiri ada darjat dan tahap mereka masing-masing dalam meriwayatkan hadis seperti al-Hafidz,al-Hujjah,al-Hakim dan Amirul Mukminin(Rujukan:Buku Metodologi Ilmu Hadis,H.Muhammad Iskandar.Lc). Teruskan pembacaan

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 38 other followers