Jadilah Proaktif Bukan Pasif!

April 16, 2012

Menurut kamus Dewan edisi keempat, proaktif bermaksud sikap positif (individu, institusi dan lain-lain) merangka atau melakukan sesuatu tindakan (setelah difikir masak-masak) jauh lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara yang sememangnya memerlukan tindakan berkenaan (tindakan tidak dilakukan hanya setelah sesuatu hal itu berlaku). (rujuk : Kamus Dewan Edisi Keempat, cetakan Dewan Bahasa & Pustaka, m/s: 1232)

Manakala pasif pula membawa maksud ‘tend to accept things that happen to them or things that people say to them , without taking any action (cenderung untuk menerima perkara-perkara yang berlaku kepada mereka atau perkara-perkara yang orang ramai perkatakan kepada mereka tanpa mengambil sebarang tindakan) ‘. (rujuk: Longman Dictionary of Contemporary English, cetakan Pearson Education Limited, m/s 1203)

Daripada huraian kepada kedua-dua maksud perkataan tersebut, kita dapat simpulkan bahawa proaktif ialah satu sifat positif yang mesti dimiliki oleh setiap umat Islam, manakala pasif merupakan satu sifat negatif yang mesti dijauhi. Sifat proaktif inilah yang akan menggerakkan umat Islam untuk terus maju ke depan dalam mengembalikan serta mencapai kegemilangan ketamadunan Islam manakala sifat pasif hanya akan merencatkan perjalanan umat Islam menuju ke arah matlamat yang besar itu. Teruskan pembacaan


Bila Manusia Rakus Kuasa

November 15, 2009
george_w_bush_archive114
  1. Dalam sejarah,ramai daripada orang yang tidak bersalah telah dizalimi oleh manusia yang telah dikurniakan oleh ALLAH sedikit kuasa di tangan mereka.Mereka menganggap kuasa yang ada sebagai satu kelebihan ke atas mereka untuk mengambil kesempatan dan hak ke atas orang lain.Golongan ini begitu rakus dan takut sekiranya kuasa tersebut tergugat dan terlepas daripada genggaman mereka.Maka,tidak hairanlah berapa ramai manusia yang telah mangsa kezaliman di tangan-tangan mereka yang rakus akan kuasa.
  2. Di dalam surah al-Buruj ayat 4 hingga 8,ALLAH berfirman: “Binasalah orang-orang yang membuat parit(iaitu para pembesar Najran di Yaman).Yang berapi(yang mempunyai)kayu bakar.Ketika mereka duduk di sekitarnya.Sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang mukmin.Dan mereka menyiksa orang-orang mukmin itu hanya kerana(orang-orang beriman itu)beriman kepada ALLAH Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji” Teruskan pembacaan

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 38 other followers