11 Renungan Buat Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Kecil

June 13, 2011

"Setiap anak dilahirkan di atas fitrah(suci daripada dosa dan kesalahan), kedua orang tuanyalah yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani, atau Majusi"(HR Bukhari & Muslim)

Walaupun saya sendiri masih lagi belum mempunyai anak,namun tidak salah rasanya untuk berkongsi dengan para ibu bapa yang mempunyai anak kecil tentang beberapa perkara yang terlintas dalam minda ini.Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat manfaat.Antara perkara utama yang mesti ditekankan/dididik/dilatih/diasuh kepada anak-anak sejak dari kecil lagi ialah:

1)Memastikan anak-anak dapat membaca al-Quran dengan bacaan yang betul.Sebaiknya biarlah bapa/ibu sendiri yang mengajar anaknya membaca al-Quran tapi jika tidak mampu bolehlah menghantar anak-anak kepada mana-mana individu yang mampu mengajar membaca al-Quran dengan betul.Sebolehnya anak-anak sudah mampu membaca dengan lancar sebelum melangkah ke Tingkatan Satu.

2)Memastikan anak-anak dapat menghafaz al-Quran 30 Juzuk selewat-lewatnya sebelum tamat SPM.Langkah paling berkesan adalah dengan menghantar anak-anak ke mana-mana Maahad Tahfiz yang ada di Malaysia.

3)Mendidik anak-anak supaya sentiasa menjaga budi bahasa,percakapan dan beradab dengan orang lain.Jangan sesekali benarkan ungkapan-ungkapan tidak elok keluar dari mulut walaupun sepatah (bodoh,bengong,babi,dll).

4)Mendidik anak-anak supaya pandai menjaga kebersihan dan kekemasan rumah sebolehnya sebelum melangkah ke Tingkatan 1.

5)Mendidik anak-anak supaya mempunyai keberanian dan keyakinan diri untuk bercakap di hadapan orang ramai.Galakkan anak-anak menyertai pertandingan bercerita,public speaking,pidato dll sejak dari alam sekolah rendah lagi.

6)Mengajar anak-anak agar menguasai kemahiran membaca,mengeja,menulis,mengira sebelum mereka masuk ke Tadika/Pra-sekolah/Darjah Satu.

7)Melatih anak-anak agar mahir dan pandai bermain dalam beberapa jenis sukan seperti bola sepak,badminton dan ping-pong.Ibu bapa boleh membeli bola @ raket badminton,bulu tangkis @ meja ping-pong,bat dan bola ping pong seterusnya bermain bersama anak-anak.Jika diri sendiri tidak mahir,apa salahnya membenarkan anak-anak bermain dengan rakan-rakan mereka yang mahir bermain sukan berkenaan.Apa yang penting,kenalah sentiasa membuat pemantauan,bimbang nanti anak-anak terpengaruh dengan budaya tidak baik daripada rakan sebaya mereka.

8)Mengajar anak-anak berenang.Jika diri sendiri tidak mampu,apa salahnya keluarkan sedikit belanja untuk anak-anak belajar berenang di mana kelab-kelab renang yang ada.Sebolehnya sebelum mereka baligh kerana persoalan aurat tidak perlu difikirkan lagi oleh ibu bapa buat masa itu.

9)Menghantar anak-anak ke kelas seni mempertahankan diri seperti silat,karate.taekwondo dll.

10)Mendidik anak-anak supaya rajin membaca bahan-bahan ilmiah(bukan komik/majalah-majalah picisan)

11)Mewujudkan satu hari khas untuk kita berkomunikasi dengan anak-anak hanya menggunakan bahasa Inggeris/Arab/dll(bukan berbahasa Melayu).

Sebenarnya banyak lagi perkara lain yang mesti ditekankan kepada anak-anak sejak dari kecil lagi.Apapun,bagi saya apa yang tersenarai di atas sudah cukup untuk menjadikan anak-anak kita menjadi orang yang hebat dan berguna bila dewasa nanti.Ia juga mampu menjadikan anak-anak dapat masuk bergaul dengan masyarakat dengan kemahiran/pengetahuan & didikan yang disebutkan di atas.Wallahu ‘alam.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 38 other followers