Dalam dunia ini,entah berapa ramai manusia yang telah menipu dan ditipu.Dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara,manusia yang telah tenat hatinya pasti akan menipu untuk mendapatkan sesuatu yang ingini.Namun,manusia tidak menyedari bahawa perbuatan tersebut sebenarnya bukan hanya menipu orang lain sebaliknya telah menipu diri mereka sendiri.Hal ini telah dinyatakan sendiri dalam al-Quran yang telah menempelak golongan munafik yang mengaku mereka beriman sedangkan hati mereka sebenarnya kufur.Mereka menyangka mereka dapat menipu Allah dan orang-orang beriman sebaliknya mereka telah menipu diri sendiri tanpa mereka sedari.
“Dan di antara manusia ada yang berkata,’Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat’,padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.Mereka menipu Allah dan orang-orang beriman,padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa mereka sedari“(surah al-Baqarah,ayat 8-9) Teruskan pembacaan

Posted by drmarzuki 









