Bahaya Ubat Tiruan

February 10, 2010

Rampasan produk palsu guna bahan murah meningkat, boleh jejas kesihatan pengguna jika tak dikawal

FENOMENA ubat tiruan melanda di seluruh dunia dan ia bukanlah sesuatu yang mudah dikawal. Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan secara purata 10 peratus daripada keseluruhan ubat-ubatan yang digunakan di seluruh dunia adalah ubat tiruan.

WHO juga melaporkan di sesetengah negara, 50 peratus daripada bekalan ubatnya tiruan. Nilai industri ubat tiruan pula melebihi AS$32 bilion (RM109 bilion) pada 2003, dan ia mencecah sehingga AS$75 bilion (RM256 bilion) setahun iaitu peningkatan hampir 90 peratus pada 2005.

Antara ubat tiruan yang popular termasuk antibiotik, ubat alahan, hormon dan steroid. Ubat-ubatan ini merangkumi 60 peratus daripada jumlah keseluruhan ubat tiruan yang dilaporkan berada dalam pasaran. Teruskan pembacaan


Kolesterol Boleh Diwarisi

January 6, 2010

Peningkatan kadar kolesterol dalam darah boleh juga disebabkan oleh faktor genetik yang dinamakan sebagai Familial Hypertriglyceridemia

Kajian dapati pemendapan dalam salur darah boleh berlaku seawal usia dua tahun

FAKTOR pemakanan yang tidak dikawal dan malas bersenam sememangnya diketahui antara menyumbang peningkatan kolesterol dalam darah. Bagaimanapun ada satu lagi penyebab, yang tidak boleh diubah tetapi masih boleh dicegah iaitu Familial Hypertriglyceridemia.

Masalah ini merujuk tahap kolesterol dalam darah yang tinggi dan penghasilan kolesterol di hati yang lebih aktif berbanding orang lain.

Puncanya? Pasti ramai yang terkejut apabila mengetahui masalah kesihatan ini diwarisi secara genetik. Familial Hypertriglyceridemia berlaku disebabkan kekacauan genetik dan secara mudah bermaksud anda memperoleh ‘salinan’ yang tidak baik daripada gen keturunan iaitu sama ada ibu atau bapa anda. Teruskan pembacaan


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 38 other followers