Insya Allah bermula minggu ini saya akan berkongsi dengan para pelawat himpunan doa dan zikir harian yang diambil daripada al-Quran dan as-Sunnah secara bersiri setiap minggu.Sumber rujukan bagi himpunan doa ini adalah berdasarkan kitab “حصن المسلم من أذكار الكتاب والسنة” yang disusun oleh as-Sheikh Sa’id ibn ‘Ali ibn Wahf al-Qahtani.Kitab ini sangat bagus dan baik untuk dimiliki oleh setiap daripada kita kerana ia mengandungi himpunan doa-doa Nabi s.a.w. serta zikir dalam kehidupan seharian yang diambil daripada al-Quran dan hadis-hadis yang sohih.Kitab ini ada dijual di kedai-kedai buku terutamanya di Mesir.
KEUTAMAAN BERDOA DENGAN DOA YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN DAN HADIS (MA’THUR)
Perkara ini sangat penting untuk disebutkan.Ramai yang tidak mengetahui akan kepentingan dan keutamaan untuk berdoa dan beramal dengan doa-doa yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis.Walaupun kita mengetahui bahawa seseorang adalah diizinkan untuk berdoa dengan menggunakan lafaz sendiri namun kita perlu sedar bahawa adalah lebih utama dan afdhal untuk kita berdoa dengan lafaz-lafaz doa yang disebutkan dalam al-Quran dan Hadis.Selain daripada keberkatan lafaz itu sendiri,kebiasaannya doa-doa daripada 2 sumber ini mengandungi unsur-unsur tauhid,lafaz yang memuji kebesaran Allah,lafaz rintihan serta lafaz yang menunjukkan rendah diri di hadapan Allah. Teruskan pembacaan
Like this:
Be the first to like this post.