Berangkat Ke Tanah Suci

September 1, 2010

Insya Allah,saya dan sahabat saya,Engku Fahmi serta yang lain akan bergerak ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadat Umrah dan juga akan ziarah ke Madinah,bandar Nabi s.a.w..Insya Allah bermula 2hb September hingga 17hb September.Doakan kami selamat pergi dan balik.Jika ditakdirkan kami ‘pulang menemui-Nya’ di sana,doakan agar kami ditempatkan bersama orang-orang yang mendapat nikmat-Nya.Minta maaf atas salah silap selama ini.Insya Allah saya akan berkongsi dengan saudara/ri tentang perjalanan Umrah saya di blog ini selepas pulang nanti.Selamat memanfaatkan baki-baki Ramadhan yang masih ada.Kejarlah Lailatul Qadr,malam yang lebih baik dari seribu bulan.Akhir sekali,Selamat Hari Raya kepada semua yang mengunjungi blog ini!


Warkah Buat Semua Sahabat Yang Mengenali Diri Ini

March 12, 2010
  1. Tiba-tiba saya terdetik untuk menulis mengenai tajuk ini.Apa yang ditulis ini adalah benar-benar daripada apa yang ada dalam isi hati ini.Saya memilih perkataan ‘warkah’ kerana menganggap penulisan ini ditujukan khas kepada semua sahabat saya yang mengenali diri ini,sebagai satu perkara yang tersangat-sangat penting untuk kalian mengetahuinya.Semoga kalian memberikan perhatian yang serius terhadap apa yang akan ditulis.
  2. Saya mungkin pada pandangan kalian,berbagai-bagai persepsi yang mungkin kalian telah sematkan mengenai diri ini tetapi semua itu tidak penting.Saya dengan rendah diri mengetahui dan menyedari bahawa diri ini sememangnya mempunyai banyak kelemahan,kekurangan dan cacat cela.Saya bukanlah orang yang terbaik untuk menjadi dijadikan contoh dan teladan.Mungkin terlampau banyak perkara yang saya ungkapkan dan tuliskan tidak dibuktikan pada perbuatan dan amalan. Teruskan pembacaan

Salam Eidul Adha 1430H

November 27, 2009
  1. Di kesempatan ini,saya ingin merakamkan ucapan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL ADHA 1430H kepada keluarga saya tercinta,sahabat-sahabat yang mengenali diri ini,guru-guru yang pernah mengajar dan semua muslimin-muslimat pelawat blog ini.
  2. Semoga dengan kehadiran bulan Zulhijjah yang mulia ini,kita sama-sama dapat menghayati ruh dan semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. serta seterusnya mengaplikasikannya dalam setiap gerak kerja kita dalam kehidupan seharian.
  3. Perbanyakkan takbir kepada ALLAH sebagai tanda kesyukuran dan membesarkanNya.Jangan lupakan golongan-golongan yang tidak berkemampuan.Bantulah mereka sedaya upaya kita.Juga jangan dilupakan saudara semuslim kita di Palestin yang terus menerus ditekan oleh rejim Zionis laknatullah.Panjatkan doa agar diberikan kekuatan kepada mereka untuk terus bangkit dan berjuang membebaskan Masjidul Aqsa!

Lailatul Qadr

September 9, 2009

Masa berlalu begitu sehingga kita tak terasa pun ia terus dan terus berjalan.Dan kita sekarang insya ALLAH akan memasuki fasa 10 hari terakhir Ramadhan.Tempoh ini saya kira kita semua telah ketahui bahawa ALLAH telah menjanjikan di antaranya satu malam yang dinanti-nantikan oleh orang-orang yang beriman iaitu Lailatul Qadr.Saya tidak sempat membuat pembacaan dan kajian yang mendalam mengenai hal ini  tetapi saya kira elok untuk pelawat-pelawat membaca artikel yang saya sertakan yang ditulis oleh seorang tokoh yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Zaharuddin.

Untuk membaca artikel berkenaan,sila klik di sini.

Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian ini.Marilah sama-sama kita meningkatkan lagi amal ibadat kita pada 10 hari yang terakhir ini mudah-mudahan kita akan  mendapat ganjaran yang besar yang dijanjikan oleh ALLAH Azza Wajalla kepada kita semua sebagaimana sabda nabi s.a.w:”Barangsiapa yang menghidupkan Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan(terhadap keredhaan ALLAH) maka diampunkan kepadanya dosa-dosa yang telah lalu”(Muttafaqun Alaih).


Dapatkan Bahan Rujukan Agama Dan Perubatan Di Sini

June 17, 2009

Kepada pelawat yang dikasihi sekalian,mulai hari ini anda boleh mendapatkan bahan-bahan ilmiah agama daripada blog ini.Kebanyakan bahan ini berformatkan zip.Berita baik juga kepada pelawat yang berlatarbelakangkan pendidikan perubatan sama ada yang masih belajar atau telah menjadi pegawai perubatan,anda boleh mendapatkan bahan-bahan rujukan perubatan dalam blog ini.Insya ALLAH dari semasa ke semasa bahan-bahan rujukan yang baru akan ditambah dan di”upload”.Semoga anda mendapat manfaat daripada usaha yang kecil ini.Untuk mendapatkan semua bahan yang disebutkan sila klik di sini.


Perkhemahan Musim Panas ISMA(PMPI 09)

April 17, 2009

PMPI 2009


Salam Ramadhan

September 19, 2008


Mukadimah

September 19, 2008

Blog ini diwujudkan sejak bulan September 2008.Ia dikendalikan sepenuhnya oleh penulis.Niat yang terdetik untuk menghasilkan blog tercetus apabila melihat banyak perkara yang boleh dicapai melalui penghasilan blog.Selain dapat berkongsi pemikiran,idea dan pendapat,blog juga dapat melatih individu untuk menghasilkan penulisan-penulisan yang baik.Namun,apa yang lebih penting daripada itu,blog ini jika diuruskan dengan sebaik mungkin,ia mampu menjadi wadah kepada penyebaran dan perkembangan dakwah kepada masyarakat.

Blog ini diharap dapat memberikan manfaat kepada pembaca melalui artikel-artikel ilmiah yang diambil daripada pelbagai sumber,serta penulisan mingguan, catatan atau diari penulis sendiri sepanjang berada di bumi Mesir.Semoga blog ini mampu menjadi medium dakwah dan memberikan maklumat dan ilmu pengetahuan yang berguna kepada pelawat.

Dialu-alukan kepada semua pelawat untuk mengambil mana-mana maklumat yang bermanfaat yang ada dalam blog ini dan disebarkan kepada orang lain .Diharapkan sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan dalam maklumat yang dipaparkan dapat diberitahu segera kepada penulis.Lebih-lebih lagi maklumat mengenai ilmu agama kerana memandangkan keterbatasan ilmu penulis dalam penguasaan bidang agama secara mendalam.

Sesungguhnya saya tidaklah mengharapkan apa-apa pujian,habuan,hadiah daripada penulisan ini sebaliknya hanyalah mendambakan keredhaan dan keampunan Allah s.w.t. atas usaha yang kecil ini.Amatlah rugi bagi mereka yang beramal hatta seberat gunung tetapi tidak ikhlas kerana Allah s.w.t.Sebagaimana hadis yang sangat masyhur diriwayatkan oleh al-Imam Bukhori dan Muslim rahimahumallah,Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya setiap amalan itu adalah berdasarkan niat dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan.Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya,maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya.Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang diperolehinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya,maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan”.

Akhir kata,segala komen dan teguran yang membina mengenai blog ini boleh diajukan terus di ruangan komen atau hantarkan emel di a_marzuki_26@yahoo.com.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 38 other followers