Tidak Semudah Itu

April 10, 2011

Sudah hampir dua bulan berlalunya Revolusi Mesir.Keadaan sudah semakin pulih.Rakyat Mesir kembali memulakan kehidupan seperti sedia kala.Namun persoalan yang ingin ditimbulkan di sini,apakah hasil dan kesan daripada revolusi ini khususnya kepada rakyat Mesir sendiri?

Jika dilihat dari sudut kebebasan menyuarakan pandangan dan berpolitik,kita lihat revolusi ini telah berjaya membuka lembaran baru buat sejarah Mesir apabila jemaah Ikhwan Muslimin yang sebelum ini ditekan dan diharamkan pergerakannya,mula dapat bergerak lebih aktif dan terbuka menyebarkan dakwah Islam kepada rakyat Mesir.Jika sebelum ini,hendak menyebut nama Ikhwan Muslimin di tempat terbuka pun sudah timbul rasa gusar,kini di mana-mana sahaja orang akan bercakap mengenainya.Ramai yang tidak menyangka bahawa perkara ini boleh berlaku.Tetapi ingatlah bahawa kuasa dan ketetapan Allah mengatasi segalanya.Tidak ada sesiapa pun yang mampu menghalang perkara yang telah ditetapkan-Nya dan tidak sesiapa pun yang mampu meneruskan perkara yang dihalang-Nya.

Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya,’Jadikanlah!’.Maka hadilah sesuatu itu”(surah Yasin,ayat 82) Teruskan membaca


Kenyataan Dr Yusuf al-Qaradawi Hafizahullah

April 13, 2010

“Assalamualaikum,Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir dlm pertemuan tertutup pimpinan PAS dengan tokoh ulamak terkemuka Dr Yusuf Qaradhawi (DYQ) di pejabat PAS Jalan Raja Laut, pada hari ahad 20-12-2009 yg lalu. Antara pimpinan yang hadir ialah Presiden Pas, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, AJK-AJK PAS Pusat dan juga wakil dewan-dewan.

Didalam pertemuan lebih sejam itu, DYQ telah memberikan pandangan dan amanat yang cukup berharga yang menyentuh pelbagai perkara. Di bawah saya kemukakan beberapa isi penting ucapan beliau yang sempat saya catitkan :

1) DYQ menegaskan perjuangan gerakan-gerakan Islam seperti PAS adalah penerusan kepada perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam konteks moden, perjuangan ini adalah mewarisi aliran tajdid yang dipelopori oleh tokoh2 seperti Jamaludin Afghani, Syeikh Muhammad Abdul Wahab, Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Ridha. Ianya kemudian dilanjutkan dalam bentuk tanzimi yg lebih tersusun oleh Hassan Al Banna yg mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin.

2) Asas penting kepada gerakan islam ialah sikap wasathiah (wasotho – pertengahan). Dalam soal feqah, sikap wasathiah ini penting untuk menangkis kejumudan dan ketaksuban. Kejumudan dan ketaksuban inilah yg menyebabkan lahirnya taklid. DYQ menyelar golongan muqallidin ini dan menyatakan bahawa sebenarnya taklid ini tidak ada tmpat dlm syariat. Beliau seterusnya berkata bahawa tidak perlu seseorang itu mencapai tahap mujtahid untuk membolehkannya memakai pendapat yg diluar dari mazhabnya. Cukuplah seseorang itu mengetahui dalil atau hujah yg lebih kuat dari pendapat mazhabnya dalam sesuatu perkara bagi membolehkannya memilih yg lain dari mazhabnya.

3) Dalam soal hubungan dengan non muslim, DYQ berfatwa bahawa kita dibolehkan menjawab salam dari non muslim. Meskipun ada khilaf dalam hal menjawab ucapan salam dari non muslim, namun beliau mentarjihkan pandangan yg membolehkan non muslim memberi salam dan menjawab salam mereka. Syeikh mengatakan tidak ada salahnya menjawab salam non muslim yg mana kita mngharapkan dengan jawapn tersebut ianya akan menjadi doa supaya mereka terpaut dgn Islam.

4) Berkaitan soal wahabi pula, DYQ mengatakan golongan wahabi adalah sebahagian dari umat Islam. Dalam banyak hal, DYQ menyatakan bahawa banyak pandangan mereka yg lebih dekat dengan dirinya meskipun ada di kalangan mereka yg taksub dan melemparkan bermacam2 tohmahan terhadap dirinya. DYQ juga menyanjung tokoh2 ulamak yg dilabel wahabi seperti Syeikh Salman Audah dan Syeikh Aidh Abdullah Al Qarni yg dianggap sebagai tokoh yg sederhana.Inilah antara butiran-butiran yg dapat saya catatkan di sini”.

Haji Mohd Taufek Abd Ghani
AJK PAS Pusat

Sumber:http://wargamarhaen.blogspot.com/2009/12/dr-yusuf-qardawi-perjuangan-pas-adalah.html


Seminar PERUBATAN Kali Ke-3

February 28, 2010

Sudah 2 minggu saya tidak menulis di sini.Sebenarnya untuk istiqamah dalam menulis artikel yang ilmiah ataupun bernada ilmiah agak susah.Ia tidak seperti mana menulis cerita-cerita peribadi kerana penulisan ilmiah memerlukan kepada kerahan pemikiran untuk mencari fakta dan menyusun fakta ditemui agar dapat difahami oleh semua orang.Tiada guna juga penulisan ilmiah tetapi tidak dapat difahami dengan baik oleh orang ramai.Sebab itu saya lebih suka menggunakan gaya penulisan berbentuk point.Mudah-mudahan ianya menjadi ringkas dan padat serta dapat difahami oleh pembaca.Insya Allah kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca program yang berjalan di sini semasa cuti musim sejuk baru-baru ini.Walaupun saya mungkin agak lambat dalam menulis mengenai seminar ini,tapi saya kira ilmu itu tidak terhad kepada waktu atau musim tertentu sebaliknya perlu sentiasa diulang-diulang setiap masa agar kita sentiasa ingat akan ilmu dan dapat mempraktikkannya. Teruskan pembacaan


Hospital Pantai Ipoh Sedia Rawat Budak Sakit Kulit

January 29, 2010

(DARI KIRI) Dr S Vasan, Dr Dilshaad, Mohd Zahir dan Rosli melawat pesakit kulit kronik, Mohd Ihsan yang menjalani rawatan di Hospital Pantai Ipoh, semalam.

IPOH: Kesediaan sebuah hospital pakar menawarkan rawatan percuma kepada Mohd Ihsan Mohd Tahir, 11, yang menderita sakit kulit kronik sejak lahir memberi sinar baru kepada anak kecil itu.

Mohd Ihsan ditempatkan bilik isolasi, Hospital Pantai Ipoh (HPI), di sini, sejak Selasa lalu bagi mengelakkan jangkitan kuman serta pemantauan khusus berhubung penyakit kulitnya dilakukan.

Usaha membawa Mohd Ihsan ke hospital itu dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Mohd Zahir Abdul Khalid; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Trong, Datuk Rosli Husin dan Pakar Ortopedik, Datuk Dr S Vasan.

Ketua Pegawai Eksekutif HPI, Dr Dilshaad Ali, berkata rawatan yang diberikan kepada Mohd Ihsan meliputi ortopedik, pergigian dan dermatologi.

Katanya, rawatan itu adalah percuma atas dasar tanggung jawab sosial korporat hospital berkenaan.

“Selain itu, kita turut mengadakan perbincangan dengan pakar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mengadakan lawatan setiap tiga bulan ke rumah Mohd Ihsan di Kampung Tengah, Trong bagi melihat perkembangannya,” katanya sidang media di HPI di sini, semalam.

Pakar Dermatologi, Datuk Dr Sushil Ratti, berkata pemeriksaan awal mendapati, Mohd Ihsan mengalami ‘epidermolysis bullosa’ iaitu sejenis penyakit kulit berkaitan genetik.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut akan diteruskan bagi mencari penawar penyakit dialami Mohd Ihsan supaya dapat sembuh seperti kanak-kanak lain,” katanya yang memberitahu Mohd Ihsan dijangka mendapatkan rawatan di hospital berkenaan dalam masa dua minggu.

Sementara itu, Mohd Zahir berkata, pihaknya yang mewakili kerajaan negeri sudah menemui beberapa pihak untuk membantu Mohd Ihsan sama ada dari segi perubatan dan barangan keperluan.

“Kita sudah meminta bantuan beberapa pihak seperti lampin pakai buang dan susu bagi memenuhi keselesaan Mohd Ihsan.

“Sebuah kerusi roda bermotor disumbangkan Kelab Bakti Gunung Kledang untuk kegunaan Mohd Ihsan,” katanya.

Sementara itu, ibu Mohd Ihsan, Norazahariyah Mohamad, 44, berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mengurangkan beban penderitaan anaknya.

“Ini adalah takdir ditetapkan Allah. Saya cuma mampu berdoa dan berharap semoga anak saya mendapat penawar bagi mengubati penyakitnya dengan segera,” katanya.

*Bersyukurlah kita atas setiap nikmat yang kita dapat setiap hari yang terhitung banyaknya.Ya ALLAH,aku berlindung denganMu daripada dihilangkan segala nikmat di dunia & akhirat!

Sumber:Berita Harian Online


Pandangan Tentang Isu Penggunaan Nama Allah

January 7, 2010

Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.(surah al-Ikhlas)

Artikel ini sekadar menghimpunkan dan menggabungkan pandangan tokoh-tokoh agama dan politik di Malaysia mengenai isu yang hangat diperkatakan sekarang di Malaysia iaitu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Kristian The Herald menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai terjemahan Tuhan.Saya memilih pandangan tokoh-tokoh ini yang saya bersetuju dan saya kira ramai yang berkongsi sama pandangan ini.

Isu ini sebenarnya sangat sensititif.Kena teliti dan berhati-hati serta jangan terlalu cepat menghukum seseorang.Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin dalam blognya: Teruskan pembacaan


MB Kecewa Dewan Bedah Hospital Terengganu Lambat Siap

January 7, 2010

MB Terengganu, Datuk Ahmad Said(kanan sekali) selepas majlis Penyerahan Peralatan Tomografi Berkomputer Multislice (MSCT) kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

KUALA TERENGGANU 5 Jan. — Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said melahirkan rasa kecewa dengan keadaan hampir kesemua dewan bedah di hospital di Terengganu yang tidak dapat beroperasi seperti dijadualkan.

Beliau berkata, keadaan itu bukan sahaja merugikan kerajaan daripada segi kos tetapi turut memberi risiko kepada nyawa pesakit.

“Hampir semua dewan bedah hospital di negeri ini gagal (tidak berfungsi dan lambat siap), dewan bedah Hospital Besut hampir enam tahun, Hospital Kemaman tiga empat tahun, dewan bedah Hospital Setiu dah masuk tujuh tahun… teruk, rakyat marah kerajaan.

“Bukan sahaja kita rugi daripada segi kos, tapi ia juga melibatkan soal nyawa, pakar bedah pun kecewa sebab tak boleh nak buat kerja,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Peralatan Tomografi Berkomputer Multislice (MSCT) kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini hari ini. – Bernama

Sumber:Utusan Malaysia


TG Nik Aziz Bimbang Perkataan Allah Disalah Guna

January 4, 2010

Menteri Besar Kelantan,Datuk Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU, 3 Jan: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.

Menteri Besar Kelantan itu melahirkan rasa bimbang kalimah Allah kemungkinan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Beliau berkata, biar pun penggunaan kalimah Allah mengikut hukum bagi pengamal agama Samawi, ia tidak menjadi satu kesalahan.

“Namun saya takut ia disalahgunakan, itu yang menjadi kebimbangan sebenarnya,” katanya selepas majlis perasmian pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan di Jalan Telipot, hari ini,

Khamis lalu Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh penerbitan akhbar mingguan Herald – The Catolic weekly.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.

Ekoran keputusan itu menyebabkan timbul bantahan di kalangan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Baharom pula dilaporkan akan merayu keputusan kes terbabit ke Mahkamah Rayuan bagi memastikan kesucian agama Islam kekal terpelihara.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berharap pihak berwajib seperti persatuan ulama menganjurkan dialog bersama pemimpin agama Kristian bagi mencari penyelesaian isu tersebut.

“Melalui perbincangan terbabit diharap dapat meredakan kekeliruan masyarakat. Selain itu falsafah Islam dapat dikembangkan melalui majlis-majlis seumpama itu,” katanya.

Beliau juga tidak menolak hadir pada majlis seumpama itu sekiranya ada jemputan bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul mengenai Islam.

Sumber:Harakah Daily

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata penggunaan perkataan Allah di kalangan bukan Islam perlu disekat, kerana bimbang ia disalahgunakan sehingga mengelirukan orang Melayu, khususnya generasi muda Islam.

Beliau berkata, walaupun dari segi hukum Islam, pengamal agama samawi (agama dari langit) dibenar menggunakan perkataan Allah, namun ia dikhuatiri disalahgunakan.

“Berhubung penggunaan perkataan Allah, sebenarnya dari segi hukum kepada pengamal agama samawi, memang boleh dan dalam al-Quran banyak disebut tetapi kita bimbang disalah guna.

“Dalam fiqah, boleh sekat orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah. Walaupun benda itu harus, tetapi dibimbangi disalah guna kepada orang Melayu hingga timbul celaru di kalangan anak Melayu.

“Bahkan akhir-akhirnya ini ada cadangan gereja pun nak disebut sebagai masjid Kristian. Ini nampak tak baik,” katanya semalam.

Dalam usaha mencari penyelesaian isu itu, Nik Aziz menyarankan supaya diadakan perundingan antara alim ulama Islam dengan paderi Kristian di negara ini.

“Kalau boleh, saya lebih suka perundingan bagi membincangkan tajuk di mana yang tidak kena Islam… mereka menerima Kristian, sedangkan Allah satu,” katanya.

Sumber:Berita Harian


Perginya Seorang Murabbi Umat

June 14, 2009

Berita kematian

Ini adalah berita selepas zuhur hari sabtu 13/6 yg disiarkan di aljazeera.net, qudspress.com, ikhwan-jor.com, almoslim.net dan lain-lain. Beritanya adalah seperti berikut:

Pada pagi sabtu, Syeikh Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia di hospital di Lubnan setelah mana dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas kerana menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital otel deo.

Berita penafian

Berita ini kemudia dinafikan oleh Jabhah Islami yang diketuai oleh Dr Fathi yakan dan keluarga fathi yakan. Ia disiarkan dalam alarabiya.com, aljazeera.net, Islamonline.net, alquds.co.uk dan lain. Berita ini adalah setelah 2 jam selepas berita kematiannya. Beritanya adalah seperti berikut:

Pejabat Dr fathi yakan telah melaporkan kematian Dr Fathi Yakan. Namun berita ini dinafikan oleh pihak Jabhah Islami yang menyatakan Dr Fathi Yakan dalam keadaan amat kritikal. Pihak Hospital enggan memberi ulasan tentang ini.

Sumber terdekat memberitahu bahwa Dr Fathi dalam keadaan “mati katil”. Jantungnya bersambung dengan alat melalui tabung uji. Kesalahan berita disebabkan kengganan untuk mencabut alat ini disaat-saat akhir.

Dalam Hal ini mufti Tarablas berkata “Tidak ada seorang ulama pun yang memberi fatwa tentang keharusan mencabut tabung uji ini dari pesakit.

Berita terbaru telah melaporkan bahwa keluarga Dr Fathi yakan menafikan kewafatannya dan menyatakan bahawa beliau dalam keadaan sangat tenat.

Pihak Hospital telah menyatakan bahwa terkena serangan angin ahmar pada otaknya sehingga menyebabkan beliau telah mati klinikal (clinical death). Namun pihak perubatan dan pihak keluarga enggan mencabut alat bantuan hayat dari tubuh beliau.

Terbaru: Berita pengesahan kematian (3 jam selepas penafian)

Akbar Jazeera menyatakan:

Pada hari ini telah wafat pendakwah Islam Dr Fathi Yakan ketua Jabhah Amal Islami di lubnan ketika umurnya menjangkau 77 tahun kerana penyakit yang kronik.

Berita kewafatannya telah dilaporkan pada zuhur hari ini kemudia dinafikan oleh keluarganya dan mereka mengatakan ia dalam keadaan kronik. Kemudian berita kematiannya disahkan selepas itu.

Sumber AFP pula menyatakan:

Pihak Jabhah telah menyatakan bahwa beliau telah wafat pada asar hari ini iaitu 4.45 petang. Jasadnya akan dipindahkan pada pagi Ahad dari Hospital otel deo (timur beirut) ke Tarablas di utara lubnan.

Islamtoday telah menyatakan:

Sebahgian laman web telah melaporkan kematian terlampau cepat (sebelum kematiannya) dan berita ini disahkan palsu sehinggalah datangnya kenyataan rasmi dari pejabat syeikh Fathi Yakan.

Laman yang di pantau beliau daawa.net telah menyatakan:

Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur raml.

Ulasan: ini menunjukkan berita kematiannya pada pagi tadi adalah tidak betul dan syeikh baru meninggal petang tadi.

sementara itu pihak HAMAS dan alqassam di laman webnya telah memberikan ucapan takziah, ia adalah seperti berikut(takziah HAMAS):

بقلوب مؤمنة بقضاء الله وقدره تتقدم حركة حماس من الشعب اللبناني والحركة الإسلامية والأمة العربية والإسلامية بأصدق مشاعر التعزية الأخوية وبخالص المواساة القلبية بوفاة المفكر الكبير والداعية الإسلامي المجاهد الشيخ الدكتور فتحي يكن.

Latar belakang Fathi Yakan

Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya’ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da’wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

MOGA-MOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU DAN MEMBERI KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU.

Rujukan: Laman-laman web yang disebut dlm artikel dan lain-lain.

Sumber:Blog Salman Maskuri


Kezaliman Terhadap Umat Islam Berterusan…

June 10, 2009

NARATHIWAT (Selatan Thailand): “Ketika itu saya hanya terfikir saat kematian dan tidak mampu berpaling melihat siapa menembak kami,” kata Nasir Ibrahim, salah seorang jemaah yang terselamat dalam serangan ketika solat Isyak di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, dekat sini malam kelmarin.

Nasir, 42, yang juga penghulu kampung itu berkata, imam Wan Abdullah Wan Latif, 62, sedang membaca surah al-Fatihah pada rakaat kedua apabila mereka diserang dua lelaki bersenjatakan raifel kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia itu.

ANGGOTA keluarga mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan Narathiwat kelmarin, melihat jemaah yang mati ditembak penyerang bersenjata raifal ketika solat Isyak. - Foto Reuters

ANGGOTA keluarga mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan Narathiwat kelmarin, melihat jemaah yang mati ditembak penyerang bersenjata raifal ketika solat Isyak. - Foto Reuters

Dua penyerang itu, yang berpakaian serba hitam, masing-masing berada di pintu utama dan sebelah kanan masjid berkenaan, melepaskan tembakan dari jarak kurang tiga meter ke arah jemaah, menyebabkan kebanyakan mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala dan tubuh badan masing-masing.

Serangan kejam itu, yang dianggap paling buruk di selatan Thailand, menyebabkan 10 jemaah termasuk Wan Abdullah mati serta-merta, manakala dua lagi jemaah meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Narathiwat.

Sebelas lagi mangsa cedera parah dan dirawat di hospital itu. Hanya Nasir dan seorang lagi jemaah terselamat dalam serangan itu, tetapi terpaksa dirawat di Klinik Cho Airong dekat sini, ekoran trauma dan serangan jantung kerana terkejut.

Nasir berkata, tembakan bertalu-talu dari dari arah belakang dan tepi berlaku hampir 10 minit, menyebabkan ramai jemaah tumbang.

“Saya yang berada di hujung saf di sebelah kanan, turut merebahkan badan. Ketika kelam-kabut itu, saya merangkak di celah jemaah yang cedera dan berlumuran darah, menuju ke stor di sebelah tempat imam. Saya duduk di situ sehingga penyerang melarikan diri,” katanya ketika ditemui semalam.

Walaupun bersyukur kerana terselamat dalam serangan itu, Nasir amat bersedih mengenangkan ramai jemaah termasuk Wan Abdullah yang menjadi korban serangan kejam itu.

Isteri Wan Abdullah, Yah Che Kob, 58, berkata ketika kejadian beliau berada di rumahnya, kira-kira 50 meter di hadapan masjid berkenaan.

ORANG ramai melihat mayat mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, malam kelmarin. - Foto Reuters

ORANG ramai melihat mayat mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, malam kelmarin. - Foto Reuters

“Secara tiba-tiba, saya terdengar bunyi tembakan bertalu-talu macam bertih goreng dari arah masjid. Saya terus berlindung di sebalik pintu rumah dan sejurus selepas itu, terdengar jeritan penduduk kampung menyatakan masjid diserang.

“Saya hanya mampu mendoakan keselamatan suami kerana saya tahu dia mengimamkan solat Isyak. Secara kebetulan anak lain keluar, jika tidak mereka juga berjemaah di masjid,” katanya.

Yah berkata, jenazah suaminya hanya dapat dikeluarkan dari masjid itu kira-kira jam 7 pagi semalam.

“Serangan ini amat kejam. Mereka tergamak menyerang dan membunuh umat Islam yang sedang solat,” katanya dengan nada sedih mengenangkan kematian suaminya yang sudah 15 tahun menjadi imam masjid itu.

Adik Wan Abdullah, juga seorang imam, Wan Ismail Wan Latif, 58, berkata selain abangnya, turut terkorban ialah lapan ahli kumpulan tabligh yang berkunjung ke masjid itu sejak tiga hari lalu.

Jenazah semua mangsa disemadikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan kampung itu kira-kira 11 pagi semalam dengan dihadiri kira-kira 2,000 penduduk termasuk kumpulan pelajar pondok sekitar Narathiwat.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Razak Ali, yang meninjau tempat kejadian pagi semalam, mengutuk serangan kejam itu.

“Serangan kejam ini didalangi pihak yang tidak mahu melihat keamanan dinikmati semua penduduk di selatan Thailand. Mereka yang berbuat begini sebenarnya mahu melihat selatan Thailand terus berada dalam pergolakan,” katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati, dinding depan masjid dan cermin pintu turut mempunyai kesan peluru, dipercayai akibat tembakan yang tersasar, manakala sebahagian besar lantai dipenuhi darah jemaah yang terkorban. Kesan itu hanya dibersihkan kira-kira 2 petang semalam dengan sebuah lori tangki air yang dihantar pihak berkuasa tempatan.

Sumber:Berita Harian Online


Nik Nur Madihah Ketepikan Soal Cinta

April 18, 2009
KOTA BHARU – Ketepikan naluri cinta demi cita-cita.Bagi sesetengah remaja, zaman persekolahan mungkin lebih indah sekiranya disulami perasaan disayangi dan menyayangi malah. Malah ada di antara mereka berbangga jika memiliki ‘buah hati’.
 
Lain pula bagi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya memperoleh keputusan 20A, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal (gambar), 18, yang menganggap cinta remaja itu boleh merosakkannya.
Menurutnya, cinta remaja tidak mendatangkan manfaat kerana ia hanya melalaikan dan menjejaskan tumpuan terhadap tugas utama iaitu mencari ilmu
 “Saya ada impian dan cita-cita lain untuk disempurnakan sebelum bercinta. Zaman persekolahan perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencari ilmu dan peluang tersebut tidak seharusnya dilepaskan hanya kerana cinta.
 
“Bagi saya, bercinta tanpa mengikut syariat Islam itu haram dan itu juga yang diajar oleh cikgu-cikgu saya di sekolah,” katanya yang mengakui tidak pernah bercinta dan tidak berminat untuk bercinta buat masa ini.
Tambahnya, para pelajar perlu menyedari bahawa cinta ialah ‘musuh’ utama kerana ia boleh mengganggu emosi sehingga menyebabkan mereka hilang fokus dalambelajar.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/… 009&dt=0318&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_ 03.htm

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 38 other followers