*Disampaikan ketika Majlis Sambutan Raya Eidulfitr 1432H di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) anjuran PERUBATAN dengan kerjasama Education Malaysia Egypt dan AJK Pelaksana Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah.
Puasa itu satu perintah
Oleh Allah Yang Maha Perkasa
Perintah itu jangan dibantah
Wajibnya itu pada yang berkuasa
Hari raya hari yang berkat
Bermaaf-maafan sesama saudara
Hai manusia bulatkan tekad
Perintah Allah laksanakan segera
Sehari sudah lesu berpuasa
Hidangan berbuka sudah tersedia
Jangan kamu membazir masa
Mulai beribadat semasa belia
Dingin di perigi waktu pagi
Berkokok ayam di tengah laman
Aidilfitri menjelma lagi
Tamatlah ujian bagi yang beriman
Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya
Sebulan genap kita bepuasa
Semoga digolongkan pada orang berjaya
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa
Sesudah berpuasa kita beraya
Lemah lembut tuan puteri
Berhias pandai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai dating bertandang
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba bernyawa
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan di hari bahagia
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh segala halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesame insan
Mempupuk perpaduan sesame ihsan
Mengikat tali keakraban
Sumber:http://istimewa2u.blogspot.com/2007/05/pantun-aidilfitri.html








