Beberapa Pendirian Ikhwanul Muslimin Mengenai Negara

June 29, 2011

-Keprihatinan Ikhwan terhadap kemaslahatan negara-

Ketika terbitnya surat keterangan keputusan pengharaman jamaah Ikhwanul Muslimin pada tanggal 8 Disember 1948 iaitu pada zaman al-Naqrasyi yang disusuli dengan pelbagai macam mehnah tribulasi,penyiksaan dan lain-lain lagi.Pada ketika itu datanglah kelompok pemuda menemui Imam Al-Syahid(Hassan al-Banna) untuk minta keizinan bagi melakukan penentangan(kekerasan) sesuai dengan kemampuan mereka.

Namun,beliau(Imam as-Syahid) melarang keinginan mereka dengan tegas sambil menjelaskan kepada mereka akibat yang akan terjadi di kemudian hari.Beliau menyebut cerita tentang Nabi Sulaiman yang terkenal iaitu ketika datang kepadanya dua orang perempuan untuk mengadukan persengketaan mereka terhadap seorang bayi.Masing-masing mengaku bahawa bayi itu adalah anaknya.Maka Nabi Sulaiman menjatuhkan hukuman dengan membelah bayi itu menjadi dua bahagian.Ketika perempuan yang bukan ibunya itu seia-sekata dengan keputusan Nabi Sulaiman,maka perempuan kedua yang dia adalah ibu sebenar bayi tadi tidak tega kalau buah hatinya dibelah menjadi dua.Maka dia lebih baik mengundurkan diri daripada tuntutannya asalkan bayi tadi masih boleh menikmati kehidupannya.

Kemudian Imam As-Syahid berkata:

“Kita sesungguhnya memainkan peranan yang sama dengan para pemimpin itu.Bahkan kita lebih prihatin dengan masa depan dan kehormatan bangsa kita,maka bersabarlah menghadapi musibah dan cubaan ini.Serahkan diri anda kepada mereka untuk membunuh dan melakukan apa sahaja yang mereka inginkan demi masa depan bangsa anda dan dalam rangka mempertahankan kesatuan dan kemerdekaannya”

-Saya tidak mengkritik negara saya di luar negara-

Ustaz Umar Tilmisani r.h. berkata:

“Para wartawan media cetak atau media elektronik datang untuk mengadakan wawancara.Yang mengkagumkan,mereka berusaha untuk menjerat saya dengan pelbagai pertanyaan yang intipatinya bahawa mereka ingin agar saya mengkritik dan menghentam pemerintah yang ada.Namun saya berusaha memalingkan jawapan pertanyaan yang mereka inginkan.

Sehingga salah seorang di antara mereka yang berasal dari London mengatakan:”Anda sebenar telah lari dari jawapan pertanyaan yang sangat jelas”

Kemudian saya jawab:”Lari dari kenyataan bukanlah tabiat saya,tetapi saya enggan mengkritik pemerintah di luar negara saya.Saya tidak akan memburuk-burukkan negara saya di luar negara.Namun saya akan melakukannya secara langsung di dalam negara.Ini adalah prinsip saya dan bukannya politik”.

 Rujukan:Terjemahan Maza Ya’ni Intimai Lid Dakwah(Apa Erti Komitmen Aktivis Dakwah) karangan Muhammad Abduh,diterjemah oleh Abdul Arham bin Mat,cetakan PMRAM,m/s 83-85


Nasihat Imam Hassan al-Banna Kepada Pendokong Dakwah

June 22, 2011

“Sesungguhnya matlamat Ikhwan Muslimin ialah membina generasi baru dari kalangan orang-orang yang beriman dengan ajaran-ajaran Islam yang sahih. Mereka bekerja mencorak orang ramai dengan corak Islam yang sempurna. Jalan Ikhwan pula ialah merubah suasana umum masyarakat dan mentarbiyah pendokong Dakwah dengan ajaran-ajaran Islam sehingga mereka menjadi teladan kepada orang-orang lain … Ikhwan berjalan menuju matlamat mereka melalui batas-batas jalan mereka di atas. Adapun jalan revolusi, Ikhwan Muslimin tidak memikir dan bergantung kepadanya. Ikhwan tidak meyakini menfaat dan hasilnya. Walaupun begitu Ikhwan berterus terang kepada pemerintah di Mesir, sekiranya keadaan dalam negara berkekalan seperti ini dan pemerintah tidak mengambil langkah segera membaiki keadaan, pasti ia akan membawa kepada revolusi yang bukan dari perbuatan Ikhwan, akan tetapi dari tekanan suasana, tuntutan keadaan dan cuai terhadap perbaikan-perbaikan dalam masyarakat.”


11 Renungan Buat Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Kecil

June 13, 2011

"Setiap anak dilahirkan di atas fitrah(suci daripada dosa dan kesalahan), kedua orang tuanyalah yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani, atau Majusi"(HR Bukhari & Muslim)

Walaupun saya sendiri masih lagi belum mempunyai anak,namun tidak salah rasanya untuk berkongsi dengan para ibu bapa yang mempunyai anak kecil tentang beberapa perkara yang terlintas dalam minda ini.Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat manfaat.Antara perkara utama yang mesti ditekankan/dididik/dilatih/diasuh kepada anak-anak sejak dari kecil lagi ialah:

1)Memastikan anak-anak dapat membaca al-Quran dengan bacaan yang betul.Sebaiknya biarlah bapa/ibu sendiri yang mengajar anaknya membaca al-Quran tapi jika tidak mampu bolehlah menghantar anak-anak kepada mana-mana individu yang mampu mengajar membaca al-Quran dengan betul.Sebolehnya anak-anak sudah mampu membaca dengan lancar sebelum melangkah ke Tingkatan Satu.

2)Memastikan anak-anak dapat menghafaz al-Quran 30 Juzuk selewat-lewatnya sebelum tamat SPM.Langkah paling berkesan adalah dengan menghantar anak-anak ke mana-mana Maahad Tahfiz yang ada di Malaysia.

3)Mendidik anak-anak supaya sentiasa menjaga budi bahasa,percakapan dan beradab dengan orang lain.Jangan sesekali benarkan ungkapan-ungkapan tidak elok keluar dari mulut walaupun sepatah (bodoh,bengong,babi,dll).

4)Mendidik anak-anak supaya pandai menjaga kebersihan dan kekemasan rumah sebolehnya sebelum melangkah ke Tingkatan 1.

5)Mendidik anak-anak supaya mempunyai keberanian dan keyakinan diri untuk bercakap di hadapan orang ramai.Galakkan anak-anak menyertai pertandingan bercerita,public speaking,pidato dll sejak dari alam sekolah rendah lagi.

6)Mengajar anak-anak agar menguasai kemahiran membaca,mengeja,menulis,mengira sebelum mereka masuk ke Tadika/Pra-sekolah/Darjah Satu.

7)Melatih anak-anak agar mahir dan pandai bermain dalam beberapa jenis sukan seperti bola sepak,badminton dan ping-pong.Ibu bapa boleh membeli bola @ raket badminton,bulu tangkis @ meja ping-pong,bat dan bola ping pong seterusnya bermain bersama anak-anak.Jika diri sendiri tidak mahir,apa salahnya membenarkan anak-anak bermain dengan rakan-rakan mereka yang mahir bermain sukan berkenaan.Apa yang penting,kenalah sentiasa membuat pemantauan,bimbang nanti anak-anak terpengaruh dengan budaya tidak baik daripada rakan sebaya mereka.

8)Mengajar anak-anak berenang.Jika diri sendiri tidak mampu,apa salahnya keluarkan sedikit belanja untuk anak-anak belajar berenang di mana kelab-kelab renang yang ada.Sebolehnya sebelum mereka baligh kerana persoalan aurat tidak perlu difikirkan lagi oleh ibu bapa buat masa itu.

9)Menghantar anak-anak ke kelas seni mempertahankan diri seperti silat,karate.taekwondo dll.

10)Mendidik anak-anak supaya rajin membaca bahan-bahan ilmiah(bukan komik/majalah-majalah picisan)

11)Mewujudkan satu hari khas untuk kita berkomunikasi dengan anak-anak hanya menggunakan bahasa Inggeris/Arab/dll(bukan berbahasa Melayu).

Sebenarnya banyak lagi perkara lain yang mesti ditekankan kepada anak-anak sejak dari kecil lagi.Apapun,bagi saya apa yang tersenarai di atas sudah cukup untuk menjadikan anak-anak kita menjadi orang yang hebat dan berguna bila dewasa nanti.Ia juga mampu menjadikan anak-anak dapat masuk bergaul dengan masyarakat dengan kemahiran/pengetahuan & didikan yang disebutkan di atas.Wallahu ‘alam.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 38 other followers