''Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.''-Al-Imamus Syahid Hassan Al-Banna
Tiba-tiba saya terdetik untuk menulis mengenai tajuk ini.Apa yang ditulis ini adalah benar-benar daripada apa yang ada dalam isi hati ini.Saya memilih perkataan ‘warkah’ kerana menganggap penulisan ini ditujukan khas kepada semua sahabat saya yang mengenali diri ini,sebagai satu perkara yang tersangat-sangat penting untuk kalian mengetahuinya.Semoga kalian memberikan perhatian yang serius terhadap apa yang akan ditulis.
Saya mungkin pada pandangan kalian,berbagai-bagai persepsi yang mungkin kalian telah sematkan mengenai diri ini tetapi semua itu tidak penting.Saya dengan rendah diri mengetahui dan menyedari bahawa diri ini sememangnya mempunyai banyak kelemahan,kekurangan dan cacat cela.Saya bukanlah orang yang terbaik untuk menjadi dijadikan contoh dan teladan.Mungkin terlampau banyak perkara yang saya ungkapkan dan tuliskan tidak dibuktikan pada perbuatan dan amalan.
Maka dengan itu,saya menyeru kepada kalian yang dikasihi,mulai dari hari ini janganlah malu-malu dan segan untuk menegur dan menasihati diri ini jikalau ada tersilap dan tersalah pada mana-mana perkara.Saya insya Allah boleh menerima dengan baik setiap teguran yang diberikan.Sebenarnya saya amat-amatlah merindui teguran dan nasihat yang khusus untuk diri ini.
Saya tidaklah mengharapkan daripada kalian wang ringgit,harta benda,gelak ketawa dan mana-mana habuan dunia tetapi cuma menagih kepada nasihat dan teguran yang suci dan jujur untuk diri ini.Saya sedar bahawa ramai yang merasa malu dan segan untuk menegur saya atas banyak faktor,tapi ketahuilah saya sangat-sangatlah memerlukan teguran atas kekurangan diri ini.
Saya juga tidaklah memerlukan ribuan sahabat yang boleh ketawa bersama sebaliknya saya menagih seorang sahabat yang boleh menangis bersama,menginsafi dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini,mengenangkan betapa banyak nikmat Allah yang telah kita kufuri(maksudnya kita tidak menggunakan nikmat Allah pada jalan yang diredhai-Nya),serta mengingati berapa banyak amanah dan tanggungjawab yang kita tak laksanakan.
Cuma satu ini saja permintaan saya daripada kalian(sebagaimana yang disebutkan di atas):TEGURLAH SAYA TANPA TERAGAK-AGAK ATAS KESILAPAN,KEKURANGAN,KELEMAHAN DAN CACAT CELA SAYA!
Di kesempatan ini juga,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang pernah menasihati dan menegur diri ini,semoga Allah sentiasa merahmati hidup kalian!
Akhir sekali saya berharap dan berdoa agar kita semua menjadi antara 7 golongan yang terpilih untuk dinaungi dengan naungan Allah pada hari tidak naungan melainkan naungan-Nya(iaitu hari kiamat) antaranya disebabkan oleh al-ukhuwwah fillah iaitu kita saling mengasihi kerana Allah,bertemu dan berpisah kerana Allah.(Diriwayatkan oleh al-Imam Bukhori dan Muslim rahimahumallah)
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah.Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam(dengan perantaraan tulisan dan bacaan). Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. [surah al-'Alaq(Segumpal Darah),ayat 1-5]
Mutiara Hadis
Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)
Bicara Penulis
Untuk Mencapai Kesatuan dan Perpaduan Dalam Kaum Muslimin,Kita Mestilah Berusaha Sedaya Upaya dan Bersungguh-Sungguh Untuk Mencari Titik Persamaan Bukan Mencari Jurang Perbezaan.Renung-Renungkanlah!
Biodata Penulis
Dilahirkan di Kampung Dengir,Besut,Terengganu.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas(1997-2000).Kemudian,berpindah ke Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri(2000-2002).Meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit(2003-2007).Seterusnya,membuat kursus persediaan di International Education Centre(INTEC)(selama 3 bulan) sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Kaherah,Mesir dalam bidang perubatan(2008-sekarang)(tahun tiga).
A new study of Greek patients shows that overgrowth of bacteria in the gut is definitively linked to irritable bowel syndrome (IBS). It is the first to use the "gold standard" method of examining gut bacterial cultures to connect bacteria to the cause of a disease that affects some 30 million Americans. The researchers say their findings confirm an […]
Children born with cleft lip, cleft palate and other craniofacial disorders face numerous medical challenges beyond appearance. Patients can face serious airway, feeding, speech and hearing problems, as well as social and psychological challenges, Laura Swibel Rosenthal, MD, of Loyola University Medical Center and colleagues write in the June 2012 issue of O […]
Pushed to the brink of survival, the hyper-driven cells of a cancerous tumor tap into an ancient system that has helped organisms cope with internal stresses and environmental challenges since life began. As an integral part of this system, heat shock protein 90 (HSP90) has been shown to help malignant cells accommodate the genetic changes and profound distu […]
Stem cells are essential building blocks for all organisms, from plants to humans. They can divide and renew themselves throughout life, differentiating into the specialized tissues needed during development, as well as cells necessary to repair adult tissue. Therefore, they can be considered immortal, in that they recreate themselves and regenerate tissues […]