March 20, 2010

''Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.''-Al-Imamus Syahid Hassan Al-Banna
- Untuk membina bangunan yang tinggi dan kukuh seperti Menara KLCC dan KL Tower sudah semestinya memerlukan binaan tapak dan asas yang kuat dan mampu menampung berat bahan yang akan dibina di atas. Sekiranya binaan asas itu lemah, maka bangunan itu tidak akan mampu bertahan lama dan boleh runtuh pada bila-bila masa sekalipun bahan yang dibina untuk membuat dinding,atap serta bumbung bangunan berkenaan adalah daripada bahan-bahan berkualiti. Begitu juga contoh lain seperti pokok kelapa yang tinggi sekiranya akar di bawahnya sudah mula reput dimakan anai-anai dan serangga lain, maka pada masa itu, kita tahu rumah kita berada dalam keadaan tidak selamat sekiranya berada berhampiran pokok kelapa berkenaan kerana ia mungkin akan tumbang bila-bila masa sahaja.Saya kira semua faham dengan jelas mengenai hal ini.
- Begitu juga dengan agama Islam yang merupakan satu institusi agama yang paling hebat,lengkap dan agung dalam dunia ini sudah semestinya mempunyai satu asas yang lengkap,padu dan kukuh memandangkan cabang-cabang Islam itu cukup luas dan merangkumi segenap aspek kehidupan manusia. Jika manusia gagal mengetahui dan memahami asas-asas Islam, maka mereka tidak akan mampu memahami apakah tujuan Islam itu datang?Kenapa seluruh umat manusia perlu mengikut ajaran Islam?Bagaimanakah Islam dapat memberikan kebahagiaan dalam diri manusia?Bagaimanakah Islam dapat menyelesaikan setiap masalah yang berlaku dalam kehidupan manusia dan sejauh mana Islam boleh menyediakan alternatif dan penyelesaian kepada masalah ini? Teruskan pembacaan
Like this:
Be the first to like this post.
Leave a Comment » |
Artikel Bahasa Melayu, Masalah Umat, Penulisan Mingguan | Tagged: agama, jahil.asas, masih, ramai, yang |
Permalink
Posted by drmarzuki
March 12, 2010
- Tiba-tiba saya terdetik untuk menulis mengenai tajuk ini.Apa yang ditulis ini adalah benar-benar daripada apa yang ada dalam isi hati ini.Saya memilih perkataan ‘warkah’ kerana menganggap penulisan ini ditujukan khas kepada semua sahabat saya yang mengenali diri ini,sebagai satu perkara yang tersangat-sangat penting untuk kalian mengetahuinya.Semoga kalian memberikan perhatian yang serius terhadap apa yang akan ditulis.
- Saya mungkin pada pandangan kalian,berbagai-bagai persepsi yang mungkin kalian telah sematkan mengenai diri ini tetapi semua itu tidak penting.Saya dengan rendah diri mengetahui dan menyedari bahawa diri ini sememangnya mempunyai banyak kelemahan,kekurangan dan cacat cela.Saya bukanlah orang yang terbaik untuk menjadi dijadikan contoh dan teladan.Mungkin terlampau banyak perkara yang saya ungkapkan dan tuliskan tidak dibuktikan pada perbuatan dan amalan. Teruskan pembacaan
Like this:
Be the first to like this post.
Leave a Comment » |
Artikel Bahasa Melayu, Hebahan & Pengumuman, Penulisan Mingguan | Tagged: buat, diri, ini, mengenali, sahabat, semua, warkah, yang |
Permalink
Posted by drmarzuki
March 7, 2010

- Kali ini cuma nak berkongsi ilmu dengan pembaca mengenai rakaman audio ceramah motivasi yang disampaikan oleh pakar motivasi tanah air terkenal,Dr. Fadzilah Kamsah mengenai tips-tips untuk menjadi pelajar cemerlang.
- Mungkin tajuk ini sudah lali dan biasa kita dengar akan tajuk ini sejak di bangku sekolah lagi namun perkara yang akan disebutkan inilah sebenarnya antara faktor,tips dan petua untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang.Kecemerlangan yang saya cuba tekankan di sini adalah banyak berkaitan dengan kecemerlangan dalam bidang akademik dan ilmu pengetahuan.Sebelum itu,haruslah diingat kecemerlangan seseorang pelajar bukan hanya sekadar dinilai pada tahap prestasi pencapaian dalam peperiksaan sahaja,malah banyak aspek lain lagi yang akan menentukan sama ada seseorang itu pelajar cemerlang atau tidak,seperti menghormati ibu bapa dan guru,berakhlak mulia dengan rakan-rakan dan masyarakat,menggunakan ilmu yang diperolehi untuk kebaikan masyarakat dan banyak lagi faktor lain yang tidak mampu untuk disenaraikan di sini. Teruskan pembacaan
Like this:
Be the first to like this post.
3 Comments |
Artikel Bahasa Melayu, Penulisan Mingguan, Tips & Panduan | Tagged: cemerlang, pelajar, tips |
Permalink
Posted by drmarzuki