Mukadimah

September 19, 2008

Blog ini diwujudkan sejak bulan September 2008.Ia dikendalikan sepenuhnya oleh penulis.Niat yang terdetik untuk menghasilkan blog tercetus apabila melihat banyak perkara yang boleh dicapai melalui penghasilan blog.Selain dapat berkongsi pemikiran,idea dan pendapat,blog juga dapat melatih individu untuk menghasilkan penulisan-penulisan yang baik.Namun,apa yang lebih penting daripada itu,blog ini jika diuruskan dengan sebaik mungkin,ia mampu menjadi wadah kepada penyebaran dan perkembangan dakwah kepada masyarakat.

Blog ini diharap dapat memberikan manfaat kepada pembaca melalui artikel-artikel ilmiah yang diambil daripada pelbagai sumber,serta penulisan mingguan, catatan atau diari penulis sendiri sepanjang berada di bumi Mesir.Semoga blog ini mampu menjadi medium dakwah dan memberikan maklumat dan ilmu pengetahuan yang berguna kepada pelawat.

Dialu-alukan kepada semua pelawat untuk mengambil mana-mana maklumat yang bermanfaat yang ada dalam blog ini dan disebarkan kepada orang lain .Diharapkan sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan dalam maklumat yang dipaparkan dapat diberitahu segera kepada penulis.Lebih-lebih lagi maklumat mengenai ilmu agama kerana memandangkan keterbatasan ilmu penulis dalam penguasaan bidang agama secara mendalam.

Akhir kata,segala komen dan teguran yang membina mengenai blog ini boleh diajukan terus di ruangan komen atau hantarkan emel di a_marzuki_26@yahoo.com.


as-Syeikh Dr. Yusri Rushdi al-Hasani:Tokoh Ulama & Doktor Perubatan Masa Kini

February 7, 2010

Fadhilatus Syeikh Yusri Rushdi as-Sayyid Jabr al-Hasani hafizahullah

Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai seorang tokoh ulama yang mula saya segani dan hormati.Saya mula mendengar nama as-Syeikh daripada Ustaz Nazrul yang ketika itu sedang mengajar kitab Nailul Raja’ dan Bidayatul Hidayah di Imarah Zinhum,Sayeda Zeinab,Kaherah tahun lepas.Ramai juga ustaz-ustaz lain yang menyebut-nyebut mengenai as-Syeikh antaranya Ustaz Syukri.Apa yang menarik mengenai as-Syeikh ialah beliau merupakan seorang doktor pakar bedah di Hospital Ahmad Mahir at-Ta’limi, Kaherah dalam masa yang sama dapat mengajar kitab Sohih Bukhori di Masjid Azhar.Masya Allah La Quwwata Illa Billah.Tokoh seperti as-Syeikh sangat-sangat sukar didapati sekarang.Tidak ramai yang mampu untuk menguasai banyak bidang lebih-lebih lagi dalam bidang perubatan dan agama. Teruskan pembacaan


Manfaatkan Cuti Ini!

February 4, 2010

  1. Alhamdulillah,akhirnya semalam peperiksaan pertengahan semester bagi pelajar tahun 2 Kuliah Perubatan Universiti Kaherah telah pun tamat.Bebanan dan tekanan yang dirasakan semasa musim peperiksaan itu telah pun hilang.Mudah-mudahan Allah akan memberikan balasan yang setimpal dengan usaha yang kita lakukan.Kejayaan hakiki hanya akan datang bagi mereka yang ikhlas dan bertawakal kepada Allah s.w.t.
  2. Penulisan kali ini ditujukan khas buat sahabat-sahabat khususnya di Mesir.Untuk pengetahuan,setiap kali selepas peperiksaan pertengahan semester,semua pusat-pusat pendidikan di Mesir;sekolah,kolej dan universiti akan bercuti selama lebih kurang 2 minggu.Cuti musim ini dipanggil sebagai cuti musim sejuk atau cuti winter atau ajaazatus soif memandangkan musim sekarang ialah musim sejuk. Teruskan pembacaan

Tugas Sebagai Mukmin Tidak Pernah Terhenti

February 1, 2010

*Artikel lepas yang dicadangkan untuk pembacaan

Cuba kita renung sejenak mengenai diri kita.Apakah sebenarnya tugas kita di atas muka bumi ini?Adakah sebagai seorang pelajar atau pekerja (bagi yang sudah berkerja),atau seorang anak,atau sebagai sahabat,atau mungkin juga sebagai seorang suami?Ya,semua yang kita fikirkan itu mungkin betul berdasarkan keadaan diri kita masing-masing.Saya sendiri pun sekarang masih bergelar seorang pelajar yang mempunyai kedua-dua ibu bapa serta para sahabat handai.Namun,pernahkah kita terfikir adakah tugas yang kita miliki sekarang ianya akan kekal selama-lamanya atau akan berhenti mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan?

Persoalan ini sebenarnya penting bagi memastikan sama ada kita benar-benar faham dan jelas akan tugas sebenar kita di atas muka bumi.Jika sekiranya kita gagal memahami persoalan ini,maka segala tindak tanduk serta gerak geri akan menuju ke arah matlamat tugas yang bersifat sementara,yang akhirnya kita sendiri akan berhenti jua suatu masa nanti melaksanakan tuntutan tugas tersebut. Teruskan pembacaan


Siri 3:Doa & Zikir Ketika Memakai Pakaian Baru

January 30, 2010

Pakaian adalah untuk menutup aurat & aib pada diri.Sebaik-baik pakaian ialah taqwa.Sebaik-baik taqwa adalah yang dapat membawa kepada apa yang diinginkan oleh Allah s.w.t.

  1. (Daripada hadis riwayat Abu Daud,Tirmizi,al-Baghawi,lihat Mukhtasar Shama’il at-Tirmizi oleh as-Syeikh al-Albani)

Allahmumma lakal hamd anta kasautanihi as-aluka min khairihi wa khairi ma suni'a lah,wa a-'azubika min syarrihi wa sharri ma suni'a lah

Maksudnya:Ya ALLAH,kepadaMulah segala puji-pujian,engkau telah memakaikan aku dengan(pakaian) ini,aku memohon kepadaMu kebaikan darinya dan kebaikan yang dijadikan untuknya,dan aku berlindung denganMu daripada kejahayannya dan kejahatan yang dijadikan untuknya. Teruskan pembacaan


Hospital Pantai Ipoh Sedia Rawat Budak Sakit Kulit

January 29, 2010

(DARI KIRI) Dr S Vasan, Dr Dilshaad, Mohd Zahir dan Rosli melawat pesakit kulit kronik, Mohd Ihsan yang menjalani rawatan di Hospital Pantai Ipoh, semalam.

IPOH: Kesediaan sebuah hospital pakar menawarkan rawatan percuma kepada Mohd Ihsan Mohd Tahir, 11, yang menderita sakit kulit kronik sejak lahir memberi sinar baru kepada anak kecil itu.

Mohd Ihsan ditempatkan bilik isolasi, Hospital Pantai Ipoh (HPI), di sini, sejak Selasa lalu bagi mengelakkan jangkitan kuman serta pemantauan khusus berhubung penyakit kulitnya dilakukan.

Usaha membawa Mohd Ihsan ke hospital itu dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Mohd Zahir Abdul Khalid; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Trong, Datuk Rosli Husin dan Pakar Ortopedik, Datuk Dr S Vasan.

Ketua Pegawai Eksekutif HPI, Dr Dilshaad Ali, berkata rawatan yang diberikan kepada Mohd Ihsan meliputi ortopedik, pergigian dan dermatologi.

Katanya, rawatan itu adalah percuma atas dasar tanggung jawab sosial korporat hospital berkenaan.

“Selain itu, kita turut mengadakan perbincangan dengan pakar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mengadakan lawatan setiap tiga bulan ke rumah Mohd Ihsan di Kampung Tengah, Trong bagi melihat perkembangannya,” katanya sidang media di HPI di sini, semalam.

Pakar Dermatologi, Datuk Dr Sushil Ratti, berkata pemeriksaan awal mendapati, Mohd Ihsan mengalami ‘epidermolysis bullosa’ iaitu sejenis penyakit kulit berkaitan genetik.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut akan diteruskan bagi mencari penawar penyakit dialami Mohd Ihsan supaya dapat sembuh seperti kanak-kanak lain,” katanya yang memberitahu Mohd Ihsan dijangka mendapatkan rawatan di hospital berkenaan dalam masa dua minggu.

Sementara itu, Mohd Zahir berkata, pihaknya yang mewakili kerajaan negeri sudah menemui beberapa pihak untuk membantu Mohd Ihsan sama ada dari segi perubatan dan barangan keperluan.

“Kita sudah meminta bantuan beberapa pihak seperti lampin pakai buang dan susu bagi memenuhi keselesaan Mohd Ihsan.

“Sebuah kerusi roda bermotor disumbangkan Kelab Bakti Gunung Kledang untuk kegunaan Mohd Ihsan,” katanya.

Sementara itu, ibu Mohd Ihsan, Norazahariyah Mohamad, 44, berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mengurangkan beban penderitaan anaknya.

“Ini adalah takdir ditetapkan Allah. Saya cuma mampu berdoa dan berharap semoga anak saya mendapat penawar bagi mengubati penyakitnya dengan segera,” katanya.

*Bersyukurlah kita atas setiap nikmat yang kita dapat setiap hari yang terhitung banyaknya.Ya ALLAH,aku berlindung denganMu daripada dihilangkan segala nikmat di dunia & akhirat!

Sumber:Berita Harian Online


How To Be A Good MC?

January 25, 2010

*Artikel ini amat bagus bagi mereka yang ingin menjadi MC yang mantap umpamanya dalam mana-mana seminar,majlis, dan sebagainya.

Perjalanan dan keberkesanan majlis sebahagian besarnya berada di bawah pengendalian MC

Berdiri di hadapan khalayak sememangnya menjadi sebahagian daripada perkara yang sering menjadi ketakutan bagi yang belum pernah mengalaminya. Lebih-lebih lagi apabila berdiri untuk menyampaikan syarahan, ceramah, pidato ataupun mungkin sebagai seorang MC (pengerusi majlis). Jika diberitahu lebih awal sudah tentu kita akan dapat membuat persiapan yang rapi. Tetapi andai dilantik sebagai bidan terjun sudah pasti memberikan tekanan yang tinggi pada diri.

Peranan Pengerusi Majlis

Sebenarnya besar peranan pengerusi majlis dalam sesuatu upacara atau majlis. MC berfungsi sebagai ketua dalam memastikan perjalanan program berlangsung dengan lancar dan tersusun. Dan apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan ketika mengendalikan majlis maka MC akan berperanan sebagai ‘back up’ untuk melindungi kekurangan majlis tersebut. Bahkan MC juga yang akan menentukan sesuatu majlis tersebut mendatar, menarik atau memboringkan. Teruskan pembacaan


Bila Menjelangnya Musim Peperiksaan(Kemaskini)

January 23, 2010

*Artikel lepas yang dicadangkan untuk pembacaan sempena musim peperiksaan khususnya kepada pelajar-pelajar di Mesir dan sewaktu dengannya.

Peperiksaan adalah satu wadah untuk menguji tahap penguasaan kita terhadap sesuatu ilmu

Musim peperiksaan atau musim exam telah pun tiba.Semua orang bertungkus-lumus menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan ini.Apatah lagi bagi peperiksaan akhir tahun.Bagi pelajar perubatan di Mesir atau di negara lain,peperiksaan akhir tahun inilah yang menentukan sama ada pelajar tersebut boleh meneruskan pengajiannya pada tahun depan ataupun tidak.Sebab itulah,pada musim ini,kita lihat pelajar yang sebelum ini suka membuang masa begitu sahaja,menonton movie berjam-jam,berchatting sampai awal pagi,bermain computer games atau Xbox atau apa-apa permainan video yang lain,tiba-tiba pabila hadirnya musim ini satu perubahan secara drastik berlaku.Daripada tidak membaca buku kepada membaca buku,daripada tidak membuat soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas kepada menjawab,menyemak dan menilai soalan dan jawapan tersebut,daripada tidak berjaga pagi kepada sanggup bersengkang mata demi menghabiskan buku yang perlu dibaca.Inilah lumrah kehidupan bagi mana-mana pelajar sama ada di peringkat sekolah,kolej mahupun universiti.Hampir setiap orang tidak terkecuali daripada perkara yang saya sebutkan ini.Kita sebenarnya harus sedar bahawasanya satu hakikat yang amat penting iaitu manusia apabila betul-betul sedar akan kepentingan sesuatu perkara,sedar betapa perkara tersebut boleh menentukan masa depan mereka menjadi kabur atau terang,sedar betapa diri mereka memerlukan perkara tersebut,maka manusia akan sanggup membuat apa sahaja demi mencapai hasrat dan matlamat itu. Teruskan pembacaan


Siri 2:Doa & Zikir Ketika Memakai Pakaian

January 23, 2010

Pakaian melambangkan identiti dan peribadi seseorang individu

  1. (Daripada hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmizi & Ibn Majah,lihat ‘Irwa al-Ghalil)

    Alhamdulillahillazi kasaani haaza (thaub) wa razaqaniihi min ghairi haulim minni wa la quwwah

    Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan dan memberikan rezeki kepadaku (pakaian) ini tanpa sebarang daya dan kudrat daripada diriku. Teruskan pembacaan


Mana Lebih Baik,Belajar Di Larut Malam Atau Di Awal Pagi?:Satu Penilaian

January 17, 2010

Belajar itu tidak aib.Ia menjadi aib jika bukan kerana Allah

  1. Memandangkan peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi,rata-rata pelajar di Mesir termasuklah pelajar perubatan di sini mula mengatur masa mereka untuk mengulangkaji dan menelaah semula pelajaran yang telah dipelajari sebelum ini secara serius.Ada di antara mereka yang mengulangkaji pelajaran sehingga larut malam iaitu dalam lingkungan pukul 1-3 pagi dan ada juga yang tidur awal terlebih dahulu kemudian bangun di awal pagi dalam lingkungan pukul 3.30-4 pagi.Mana satu antara cara belajar tersebut yang lebih baik?
  2. Sebelum mengulas lebih panjang,saya tidak nafikan setiap pelajar mempunyai gaya belajar yang tersendiri.Ada yang suka membuat nota,suka membuat latihan soalan-soalan tahun lepas dan ada juga yang sekadar membaca buku-buku teks dan buku rujukan mereka sudah dapat memahami dengan baik pelajaran yang dibaca.Hal ini kerana kita harus sedar bahawa setiap orang dikurniakan oleh Allah dengan berbeza-beza tahap IQ dan ingatan terhadap pelajaran yang dipelajari dan dihafaz.Lihat sahajalah bagaimana dalam kalangan ulama hadis sesama mereka sendiri ada darjat dan tahap mereka masing-masing dalam meriwayatkan hadis seperti al-Hafidz,al-Hujjah,al-Hakim dan Amirul Mukminin(Rujukan:Buku Metodologi Ilmu Hadis,H.Muhammad Iskandar.Lc). Teruskan pembacaan

Siri 1:Doa & Zikir Ketika Bangun Daripada Tidur

January 16, 2010

Insya Allah bermula minggu ini saya akan berkongsi dengan para pelawat himpunan doa dan zikir harian yang diambil daripada al-Quran dan as-Sunnah secara bersiri setiap minggu.Sumber rujukan bagi himpunan doa ini adalah berdasarkan kitab “حصن المسلم من أذكار الكتاب والسنة” yang disusun oleh as-Sheikh Sa’id ibn ‘Ali ibn Wahf al-Qahtani.Kitab ini sangat bagus dan baik untuk dimiliki oleh setiap daripada kita kerana ia mengandungi himpunan doa-doa Nabi s.a.w. serta zikir dalam kehidupan seharian yang diambil daripada al-Quran dan hadis-hadis yang sohih.Kitab ini ada dijual di kedai-kedai buku terutamanya di Mesir.

KEUTAMAAN BERDOA DENGAN DOA YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN DAN HADIS (MA’THUR)

Perkara ini sangat penting untuk disebutkan.Ramai yang tidak mengetahui akan kepentingan dan keutamaan untuk berdoa dan beramal dengan doa-doa yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis.Walaupun kita mengetahui bahawa seseorang adalah diizinkan untuk berdoa dengan menggunakan lafaz sendiri namun kita perlu sedar bahawa adalah lebih utama dan afdhal untuk kita berdoa dengan lafaz-lafaz doa yang disebutkan dalam al-Quran dan Hadis.Selain daripada keberkatan lafaz itu sendiri,kebiasaannya doa-doa daripada 2 sumber ini mengandungi unsur-unsur tauhid,lafaz yang memuji kebesaran Allah,lafaz rintihan serta lafaz yang menunjukkan rendah diri di hadapan Allah. Teruskan pembacaan